Perbaharui lesen memandu hingga 10 tahun, percuma bayaran setahun

532

Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 10 tahun berbanding lima tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana Kementeriannya bermula 8 Mei ini di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.



“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui untuk tempoh 10 tahun sekaligus akan dikenakan bayaran untuk tempoh 9-tahun sahaja.

“Maksudnya ada diskaun 10 peratus, untuk makluman bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30,” jelasnya. 

Inisiatif kedua adalah kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh. Beliau berkata, ia mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang pandemik dan kekangan rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat memperbaharui lesen kerana tidak dapat pulang ke tanah air.

“MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.
 
“Namun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke depan sahaja,” katanya.
 
Tempoh kebenaran khas hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 dan peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024.
 
Bagi kedua-dua inisiatif/kebenaran khas yang diumumkan, orang ramai boleh mula menikmati kemudahan tersebut mulai 8 Mei 2023 dengan berurusan di Pejabat/Kaunter JPJ sahaja.
 
Pelaksanaan urus niaga terlibat melalui platform disediakan oleh rakan niaga JPJ seperti Pos Malaysia akan tertakluk kepada kesediaan perubahan sistem oleh pihak berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here