Triumph Tiger Sport 660 kini berada di pasaran Malaysia, harga bermula RM50,900

358

Triumph Malaysia memperkenalkan semula Tiger Sport 660 2023 untuk pasaran tempatan pada baru-baru ini.

Ia dijual bermula RM50,900, manakala dengan promosi pakej aksesori pula berharga RM56,800.



Tiger Sport 660 2023 menggunakan enjin paling berkuasa dalam kelasnya dengan dipadankan rangkaian kuasa tiga silinder 660cc. Ia menghasilkan 80hp dengan tork 64Nm yang mana kuasa itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan.

Selain itu, ia boleh ditunggan dengan jarak jauh selepas memiliki tangki bahan api berkapasiti 17 liter.

Kelengkapan lain, ia turut memiliki instrumen TFT yang boleh disambung dengan ciri My Triumph. Selain dipadankan pencahayaan LED penuh.

Pada masa sama juga, ia menggunakan sistem ride-by-wire,  ABS serta dipadankan bersama fork jenis USD 41mm Showa di hadapan dan monoshock Showa di belakang.

Ia juga dilengkapi dua mod tunggangan membabitkan Road dan Rain yang berupaya mengubah respon pendikit serta tetapan kawalan cengkaman.

Tiger Sport 660 2023 menggunakan rim bersaiz 17-inci yang dibalut tayar Michelin Road 5. Kuasa membrek pula diserahkan kepada brek Nissin dua omboh dengan cakera berkembar 310mm di depan.

Bagi memberi pilihan warna, motosikal itu ditawarkan dengan tiga warna iaitu Snowdonia White/Jet Black, Jet Black/ Graphite dan Graphite/Sapphire Black.

Bagi penyelenggarannya pula, jentera itu perlu diservis setiap 16,000km atau setahun. Selain ia ditawarkan dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here