“Toyota Vellfire itu memang kereta saya, hantar servis bukan kena tarik,” pemilik MPV tampil beri penjelasan

4176

Sebelum ini, tular video seorang wanita berkongsi sebuah Toyota Vellfire menaiki trak tunda dengan kapsyen “Ingatkan gaji RM10k dah cukup, rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3k sebulan.”

Pemilik video bernama Nurul Ain Farihah, 29 berkongsi sebenarnya Toyota Vellfire itu bukanlah kereta sewa.



“Kereta itu (Vellfire) memang milik saya, sebenarnya hantar servis, malas drive jadi naik trak tunda.

“Saya dah guna Vellfire tersebut dua tahun, bayaran bulanan hampir RM3,000,” katanya kepada Motoqar.

Ain menambah, tujuan memuatnaik konten sedemikian hanyalah menjadi medium nasihat kepada anak muda masa kini yang rela berhabis wang semata ingin bergaya.

Selain Toyota Vellfire, Ain turut memiliki Mercedes A-Class, Nissan Navara dan terkini Honda City.

Jelasnya, Honda City berkenaan dibeli sempena anaknya memasuki alam persekolahan dan memudahkan dirinya menghantar anak. 

Ain yang berasal dari Kelantan itu merupakan ahli perniagaan tudung bawal, jelasnya dia memulakan perniagaan tersebut bersama suami sejak 2016.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here