Harga Toyota Alphard dan Vellfire (2023) bocor di media sosial, bakal lancar suku keempat ini?

1525

Pengedar Toyota di Malaysia mula menerima tempahan Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu selepas senarai harga MPV mewah berkenaan tular di media sosial.

Toyota Alphard dan Vellfire berkenaan baru saja membuat debut global di Jepun bulan lalu. Berdasarkan senarai harga tersebut, anggaran harga Toyota Alphard bermula dari RM538,000 manakala Toyota Alphard pula RM438,000.



Alphard yang bakal dijual di pasaran Malaysia merupakan varian Executive Lounge menggunakan enjin 2.4 liter turbo. Manakala Vellfire pula menggunakan enjin 2.5 liter, namun tidak dinyatakan sama ada unit hibrid atau aspirasi semulajadi (NA).

Di Jepun, Alphard didatangkan dengan pilihan hibrid atau NA yang mana kedua-duanya menggunakan enjin 2.5 liter 4-silinder. Manakala Vellfire pula menggunakan enjin hibrid iaitu unit sama pada Alphard bersama pilihan alternatif 2.4 liter turbo.

Alphard pasaran Malaysia tersedia dengan empat warna iaitu hitam dan tambahan RM1,000 bagi tiga warna Platinum White Pearl, Precious Metal dan Precious Leo-Blond. Pilihan warna kabin pula adalah hitam dan kuning air.

Sementara Vellfire pula didatangkan dengan warna badan hitam dan tambahan RM1,000 bagi Platinum White Pearl dan Precious Metal. Vellfire hanya didatangkan dengan satu warna kabin iaitu hitam.

Kredit Foto: Paultan

Kedua-duanya didatangkan dengan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan. 

Kedua-dua MPV mewah itu menggunakan platform pacuan roda dépan TNGA-K seperti mana Toyota RAV4. Selain itu, versi baru tersebut lebih panjang iaitu 4,995 mm manakala dimensi lebar (1,850 mm) dan jarak roda (3,000 mm) kekal.

Bilakah bakal lancar di Malaysia?. Menurut sumber, MPV mewah itu bakal dibawa masuk pada suku keempat tahun ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here