Yamaha Jepun jalin kerjasama dengan CFMoto bermula November ini

367

Yamaha Motor Co Ltd mengumumkan perubahan rakan kongsinya bagi kerjasama pembuatan motosikal di China.

Syarikat tersebut akan menjalin usahasama dengan Zhejiang CFMoto Power (CFMoto), pengeluar motosikal dan RV di China. Sebelumnya, jenama Jepun itu bekerjasama dengan Chongqing Jianshe Mechanical and Electric.



Usahasama baru itu akan bermula November depan menggunakan nama Zhuzhou CF Yamaha Motor Co (ZCYM). Matlamat utama adalah memasang dan menjual motor di China, pasaran penting untuk Yamaha.

Yamaha Motor menyasarkan peningkatan daya saing dalam pasaran China melalui kerjasama dengan CFMoto yang memiliki rangkaian jualan dan pengiktirafan jenama kukuh di China.

Rakan kongsi semasa, Chongqing Jianshe Mechanical and Electric akan memindahkan kepentingan ekuitinya dalam usahasama, ZJYM kepada CFMOTO.

Yamaha Motor akan mengekalkan pegangan kepentingan 44.23 peratus manakala CFMoto akan memegang 50 peratus dan Tair Yea Limited (5.77 peratus).

Yamaha Motor ialah pengeluar motosikal, bot, mesin dan robot di seluruh dunia. Jenama itu berada di China sejak 1992 dan mempunyai beberapa cawangan dan perkongsian tempatan.

Sebaliknya, CFMoto yang diasaskan pada 2003 ialah firma China yang khusus dalam motosikal, RV dan peralatan berkaitan. Jenama itu beroperasi di lebih 100 negara seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here