Lotus Car Malaysia umum harga baharu, naik sehingga RM84K, sebab mata wang ringgit jatuh

1631

Lotus Cars Malaysia, pemegang francais tunggal untuk kenderaan Lotus di Malaysia mengemas kini harga rangkaian model elektrik Eletre Hyper-SUV dan kereta sports premium Emira berkuat kuasa serta-merta.

Perubahan harga itu berikutan perkembangan pertukaran ringgit berbanding mata wang asing utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

Berbeza dengan harga anggaran asal yang diumumkan pada majlis pelancaran di Malaysia April lalu, harga cadangan untuk varian pertengahan Eletre S kini ialah RM698,000 (naik daripada RM648,000). Manakala varian tertinggi Eletre R kini berharga RM838,000 (naik daripada RM798,000).



Harga Eletre yang disenaraikan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia dan Langkawi. Harga baharu untuk varian asas Eletre akan diumumkan kelak memandangkan ia tidak ditawarkan sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2025. 

Bagi rangkaian model Emira pula, harga asal untuk Emira i4 First Edition empat silinder yang baru diperkenalkan ialah RM1,095,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM509,000 (Langkawi) bermula 1 September bagi semua tempahan baharu. Unit terhad masih ada pada harga pengenalan RM998,800 berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. 

Sementara Emira V6 First Edition kini pula berharga RM1,289,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,205,800) dan RM529,000 di Langkawi (naik daripada RM478,800). 

Emira V6 First Edition versi automatik kini ditawarkan pada harga RM1,309,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,225,800) dan RM539,000 di Langkawi (naik daripada RM493,800). 

Harga yang disenaraikan untuk Emira adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans, dengan cukai untuk Semenanjung Malaysia dan bagi pulau bebas cukai Langkawi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here