Angkara Cendol: Guna nombor plat curi punca pemandu kereta larikan diri

762

Tindakan pemandu kereta melarikan diri selepas melanggar dua kenderaan menyebabkan dia dikejar beramai-ramai oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Sumber berkata, merujuk kepada satu laporan polis dibuat, kejadian tersebut berlaku di Jalan Gombak dari arah Taman Sri Gombak menghala ke Sentul Point kira-kira jam 2.05 petang, Rabu.

@fatinnajla__

Saya tak bersalah 🥲

♬ original sound – CendolComel – CendolComel



Katanya, kemalangan melibatkan Nissan Almera dan Proton Saga serta motosikal jenis Yamaha.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa penunggang motosikal sedang berhenti di lampu isyarat dan dilanggar pemandu Nissan Almera dari belakang.

“Pelanggaran dari arah belakang itu mengenai bahagian sisi sebelah kiri motosikal dan pemandu Nissan Almera juga melanggar belakang sisi sebelah kiri sebuah Proton Saga.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu Nissan Almera bertindak melarikan diri dan dikejar oleh beberapa buah motosikal untuk mengarahkan supaya kenderaan itu berhenti.

“Sehingga kini, pemandu Nissan Almera masih belum hadir membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak polis cuba mengesan pemilik Nissan Almera tersebut, namun semakan mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah milik kenderaan lain.

Jelasnya, suami kepada pemilik kenderaan tersebut ada membuat laporan pada 22 September lalu berhubung kehilangan plat kereta itu di bahagian depan dan belakang.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Petaling dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian kemalangan tersebut dan kes disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan insiden sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta di sekitar Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Gombak sehingga ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Kepong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here