Utama Berita Automotif Panik tiada cermin sisi, rider langgar anggota polis
Gambar hiasan

Panik tiada cermin sisi, rider langgar anggota polis

235
Seorang penunggang motosikal melanggar anggota polis gara-gara ingin meloloskan diri daripada sekatan jalan raya di Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. 
 
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, pemuda tersebut berpatah balik dan melawan arus selepas melihat sekatan jalan raya di depan.
 
Kredit Foto : Harian Metro
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian berlaku sekitar jam 12.30 malam tadi.  
 
“Melihat kejadian tersebut anggota traffik cuba menghalang penunggang motosikal tersebut melarikan diri.
 
“Disebabkan panik, penunggang itu melanggar anggota polis tersebut. Akibat kejadian kedua-dua mengalami kecederaan dan dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
 
Kes disiasat di bawah seksyen 42 (1) APJ 1987 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
 
Sementara itu, laporan Astro Awani menyatakan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai cermin sisi yang menyebabkannya panik dan cuba melarikan diri.
 
“Siasatan mendapati suspek mendakwa takut dikenakan saman atas kesalahan berkenaan.
 
“Suspek memiliki lesen memandu yang sah selain cukai jalan motosikal yang ditunggang suspek masih ada serta tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau atau dadah,” kata beliau. 
 
Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan ketulan darah beku pada bahagian belakang kepala mangsa akibat daripada hentakan yang kuat akibat dilanggar semasa kejadian.
 
Manakala suspek yang turut mengalami kecederaan akibat kejadian terbabit difahamkan akan menjalani pembedahan mata akibat terdapat kesan pendarahan pada belakang mata.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here