[Video] Dahla elak bayar tol, pemandu Myvi langgar dan gesel kereta mangsa

304

Seorang pengguna media sosial X, Ameer Syazwan dan keluarga berkongsi video detik cemas berdepan dengan pembuli jalan raya, Sabtu lalu.

Menerusi empat klip video yang dikongsi menunjukkan sebuah Perodua Myvi mengekori rapat kereta mangsa ketika melalui Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, dipercayai mengelak membayar tol.



“Tolong berjaga-jaga dengan pembuli jalan raya yang langgar kereta keluarga saya dengan bayi dalam kereta hanya kerana nak elak bayar tol,” tulisnya.

Selepas berjaya melepasi tol, suspek dilihat memotong dari arah kanan sebelum melanggar Honda Jazz mangsa yang menghala ke Kuala Lumpur. 

Bahkan, pada satu klip video menunjukkan pemandu Myvi itu cuba berhenti di depan kereta mangsa ketika berada di lorong kanan. 

Mangsa menukar lorong kiri lalu diekori oleh suspek sebelum kedua-duanya menghentikan kenderaan di lorong kanan. 

Susulan insiden itu mangsa membuat laporan polis semalam. Berdasarkan laporan yang dikongsi, Myvi tersebut memotong dan bergesel di sisi kanan bahagian depan yang menyebabkan kerosakan pada bampar dan fender.

Pada ciapan tersebut, mangsa mengakui masih trauma dengan insiden tersebut. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here