Diskaun saman 50 peratus bermula Jumaat ini

434

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPD) menawarkan kompaun saman terpilih sehingga 50 peratus bermula Jumaat ini (8 Disember).

Tawaran diskaun tersebut tidak termasuk kesalahan lalu lintas tahun 2023 iaitu:



  • Melibatkan saman kemalangan
  • Kes mahkamah berstatus waran tangkap
  • Masih dalam perbicaraan serta kesalahan tidak boleh dikompaun

PEMBAYARAN

Pembayaran hanya boleh dilakukan di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pihak berkuasa menasihati orang ramai membuat semakan awal saman melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi mengelak kesesakan. 

Kaunter dibuka pada 8 Disember bermula jam 9 pagi hingga 4 petang sehingga 10 Disember. Pada hujung minggu kaunter dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here