BYD Ro-Ro lengkap ujian laut, boleh mengangkut lebih 7,000 kenderaan

227

BYD merekodkan pencapaian apabila kapal Ro-Ro, Explorer 1 miliknya menyelesaikan ujian percubaan laut selama tujuh hari di Yantai, Shandong.

Pembinaan projek kapal pengangkut dua bahan api (PCTC) BYD 7000+ No. 1 di Nansha, Guangzhou tersebut dimulakan awal tahun ini oleh Guangzhou Shipbuilding International, anak syarikat China State Shipbuilding Corporation (CSSC).



Ia merupakan versi 2.0 yang dinaiktaraf dengan pelepasan rendah karbon hijau. Projek tersebut penting sebagai usaha BYD meningkatkan kapasiti pengedaran dan logistiknya.

Kapal itu boleh membawa sekitar 7,700 kenderaan dengan panjang 199.9 meter, lebar (38 meter) dan rekaan hul (10.50 meter), kapasiit muatan 19,800 tan serta kelajuan 34.3kmj. 

Menerusi laman web rasmi CSSC, kapal itu memiliki kawasan dek kenderaan seluas 58,800 meter persegi, 12 dek kereta dan empat dek boleh angkat.

Apa yang membezakannya adalah kapal tersebut menggunakan sistem pendorong dwi-bahan api gas asli (LNG)/bahan api, yang merupakan langkah penyelesaian tenaga yang lebih bersih dalam pengangkutan maritim.

Selain itu, kapal itu menggabungkan sistem bateri dan penjana aci untuk kali pertama. Reka bentuk kapal itu juga menampilkan ciri penjimatan tenaga seperti peranti cekap tenaga, ukuran mengurangkan seretan dan cat anti-kotoran.

BYD dijadualkan menjadi pemilik kargo muktamad untuk dua kapal. Inisiatif ini dijangka dapat menangani cabaran logistik yang telah lama dihadapi oleh syarikat perkapalan Eropah, memberikan satu kejayaan besar dalam pengangkutan laut.

Tahun lalu, BYD mempertimbangkan untuk menempah lapan kapal Ro-Ro yang mampu mengangkut 7,700 kereta setiap satu di limbungan di Yantai, Shandong.

Anggaran kos tersebut adalah CNY 5 bilion (RM3.3 bilion) yang mana enam kapal telah disahkan pembinaan manakala tambahan dua sebagai pesanan pilihan.

Pelaburan strategik dalam logistik maritim sejajar dengan pasaran luar negara BYD yang semakin berkembang.

Pada November 2023, BYD mencapai eksport bulanan automobil tertinggi mencecah 30,629 kenderaan elektrik. Eksport automobil terkumpul bagi tahun itu melonjak kepada 206,679 unit, iaitu peningkatan empat kali ganda berbanding tahun lalu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here