Honda perkenal X-ADV (2025), kemas kini ciri peralatan dan warna baharu

248

Honda mengumumkan kemas kini skuter adventure X-ADV untuk model 2025. Pertama kali diperkenalkan pada 2017, skuter tersebut menarik perhatian peminat dua roda dengan rekaan badan yang sporty.

Bahkan, Honda menjual sebanyak 76,000 unit X-ADV di Eropah sejak enam tahun kemunculannya.



Untuk versi ketiga ini, skuter adventure tersebut menerima segudang penambahbaikan agar kekal relevan di pasaran. 

Pertama, reka bentuk semula kerja badan agar lebih segar yang mana Honda dikatakan memberikan ‘aspek mirip origami’ pada bahagian depan.

Penggunaan material plastik dan getah kitar semula pada badan yang mana sebahagian besarnya  diproses semula daripada bahan sekerap dan rosak, ini tidak dilihat pada mana-mana model Honda sebelumnya.

Seterusnya, ciri khas lampu premium diserlahkan dengan LED dual projektor di depan. Perubahan lampu menjadi model empat titik memberikan efek garang yang kemudian digabungkan dengan lampu nyala siang (DRL) dan lampu signal disatukan dengan DRL. 

Kemas kini lain yang ditawarkan pada Honda X-ADV (2025) termasuklah :

  • Kawalan kruise kini didatangkan standard.
  • Empat mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Gravel dan Rain.
  • X-ADV hanya tersedia dengan transmisi DCT automatik (yang boleh dikendalikan secara manual melalui punat tukaran gear pada bar hendal). Model 2025, membolehkan rider memilih corak tukaran gear melalui tetapan pengguna.

  • Kotak DCT kini menawarkan respons lebih lancar pada kelajuan rendah dan dilengkapi dengan lima tetapan.
  • Pelana menggunakan campuran 10 peratus uretana dan tinggi dikemaskini menjadi 820mm agar semua postur badan boleh menunggang X-ADV dengan selesa. 
  • Fungsi bukaan pelana ditala bagi operasi lebih lancar ke ruangan simpanan seluas 22 liter yang turut menempatkan slot pengecas USB.
  • Ruang simpanan lain termasuklah glove box di bahagian depan.
  • Skrin TFT 5-inci baharu memaparkan struktur menu baharu dan penggunaan dipertingkatkan ketika cahaya matahari yang terang.  Ia turut menampilkan konektiviti telefon pintar dan dikendalikan menerusi punat togol di sebelah kiri.
  • Honda RoadSync yang disambung ke telefon pintar membolehkan penunggang mendengar muzik dengan kawalan dari speedometer, termasuk informasi cuaca, navigasi dan lain-lain.
  • Emergency Stop Signal (ESS) akan diaktifkan apabila rider membrek secara mendadak pada kelajuan 53kmj.

X-ADV masih lagi mempertahankan enjin berkembar sebaris 745cc berkuasa 57.8bhp dan tork 69Nm. 

Menggunakan frem tubular keluli yang kuat dan ringan, skuter itu menggunakan suspensi USD Showa 41mm, monoshock dengan linkage Pro-Link, dan swingarm aluminium.

Sedangkan bahagian kaki menggunakan rim 17-inci (depan) dan 15-inci (belakang) bersama brek kaliper radial empat piston berukuran 296mm.

X-ADV (2025) tersedia dalam tiga warna baru ditambah dua warna Edisi Khas (SE) yang belum pernah ada sebelumnya. Warna baharu termasuklah Graphite Black, Pearl Glare White, Matte Deep Mud Grey dan Matte Gold Finch Yellow (SE).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here