Banjir: 31 laluan ditutup di Terengganu

232

Sebanyak 31 jalan, termasuk dua jalan utama ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pagi semalam (28 November), lapor Berita Harian.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir Dr Hasli Ibrahim, berkata ia membabitkan tujuh di Besut, Hulu Terengganu (sembilan), Setiu (enam), Kemaman (lima) dan Dungun (empat).

Katanya, dua jalan utama yang ditutup adalah Jalan Seberang Jertih ke Bukit Yong sempadan Terengganu-Kelantan di Kampung Nangka, Besut yang dinaiki air sedalam kira-kira 0.8 meter (m) sejauh 600m dan Jalan Air Putih-Chukai di Kampung Tasik Biru, Kemaman yang ditenggelami air sedalam 0.35m sejauh 100 m.



“Selain itu, 13 lagi jalan turut ditutup secara berperingkat sejak semalam kepada kenderaan ringan.

“Antara jalan yang ditutup adalah empat di Besut, Hulu Terengganu (satu), Setiu (lima), masing-masing satu di daerah Kemaman dan Marang,” katanya.

Mengenai kejadian tanah runtuh, Hasli berkata, hanya satu laluan ditutup iaitu di Kilometer 187 hingga 189, Kenyir ke Aring selepas berlaku mendapan tanah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here