BYD jenama EV terlaris di Brazil

192

Jualan BYD tahun lalu melonjak ketara dengan 93,927 pendaftaran menjelang akhir tahun, ia menunjukkan peningkatan 91 peratus berbanding 2022.

Tidak seperti beberapa wilayah yang mana EV mewakili Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), namun di Brazil kategori itu merangkumi kenderaan hibrid tradisional (HEV) dan kenderaan plug in hibrid (PHEV).



Pada Disember sahaja, jualan EV Brazil melonjak kepada 16,279 unit, hampir tiga kali ganda angka Disember 2022 (5,587 unit), ia mewakili pertumbuhan 191 peratus tahun ke tahun yang luar biasa. Lonjakan ini menetapkan rekod jualan bulanan baharu EV di Brazil.

PHEV dan BEV secara kolektif menyumbang 56 peratus daripada jualan EV, berjumlah 52,359 unit.

Ini mengatasi jualan kenderaan petrol hibrid konvensional dan hibrid HEV sebanyak 41,568 unit. Terutama, hibrid konvensional terus menguasai pasaran sehingga 2022.

Pada Disember, jualan plug-in hibrid membentuk lebih 70 peratus daripada jumlah jualan EV, mencecah 11,371 daripada 16,279 unit yang dijual.

Lonjakan ini disumbangkan BYD dan Great Wall Motors yang memperkenalkan model dengan teknologi plug in hibrid. BYD mencapai kejayaan besar dalam pasaran EV Brazil sepanjang 2023.

Syarikat itu menjual 17,943 unit EV, menerusi model terlaris BYD Song Plus PHEV, Dolphin EV dan Yuan Plus EV (dikenali sebagai Atto 3 di beberapa pasaran). Dolphin yang diperkenalkan enam bulan lalu telah menjual sebanyak 6,812 unit.

Brazil bersedia untuk meningkatkan kadar cukai import ke atas EV bermula Januari 2024. Walaupun pelarasan tersebut bakal memberi kesan jualan EV, syarikat seperti BYD telah melabur dalam kilang pembuatan EV di negara tersebut bagi bakal memanfaatkan insentif kerajaan.

Walaupun kilang BYD masih belum memulakan pengeluaran, status import semasa membolehkan BYD menikmati pengecualian cukai, meningkatkan daya saing produknya di pasaran Brazil.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here