Kubota Jepun dikenakan penalti RM9.6 juta atas dakwaan palsu alat ganti ‘Made in USA’

237

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika menyatakan pengeluar traktor Kubota North America Corp perlu membayar penalti sivil USD2 juta (RM9.5 juta) kerana secara palsu melabel beberapa alat gantinya ‘Made in USA’.

Tambahan kepada penalti, Kubota dilarang membuat tuntutan mengelirukan, menurut perintah mahkamah yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika bagi pihak FTC, katanya.



“Penyelesaian termasuk penalti sivil terbesar yang dinilai kerana melanggar Peraturan Pelabelan Buatan Amerika Syarikat,” kata Pengarah Biro Perlindungan Pengguna, Samuel Levine dalam satu kenyataan.

Menurut aduan itu, Kubota melabelkan ribuan alat ganti traktor dan peralatan pertanian lain sebagai ‘Made In USA’ walaupun ia dibuat sepenuhnya di luar negara.

“Syarikat itu juga memindahkan pembuatan untuk beberapa alat ganti dari Amerika ke negara lain tetapi tidak mengemaskini pelabelan produk untuk mencerminkan perubahan itu,” kata FTC.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Kubota akan dilarang daripada membuat tuntutan buatan asal Amerika untuk sebarang produk, melainkan ia boleh membuktikan bahawa pemasangan atau pemprosesan terakhir produk itu dilakukan di Amerika Syarikat.

Kubota juga mesti membuat pendedahan yang jelas tentang mana-mana produk mengandungi alat ganti asing, kata FTC.

Kubota North America ialah unit pengeluar jentera pertanian Kubota Corp yang berpangkalan di Osaka, Jepun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here