CEO Proton beri bayangan bakal lancar model NEV baharu

229

Pengeluar kereta nasional, Proton beri bayangan mengenai pelancaran beberapa model kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.

Ketika berkongsi perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata usaha berkenaan akan dibuat secara berperingkat.



“Selepas model pertama, mungkin dalam enam atau lapan bulan kemudian akan menyaksikan pelancaran model seterusnya (termasuk model bukan NEV),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Proton juga merancang untuk meningkatkan lagi portfolio rangkaian kuasanya menerusi pelancaran enjin generasi baharu yang menawarkan kelebihan daya saing di pasaran.

“Proton juga berhasrat menduduki tempat pertama bagi aspek perkhidmatan pasca jualan,” katanya.

Pada 2023, Proton berjaya mencapai pertumbuhan jualan untuk tahun kelima berturut-turut dengan mencatat jualan (domestik dan eksport) sebanyak 154,611 unit, prestasi paling kukuh sejak 2012.

Angka itu memaparkan peningkatan 9.3 peratus daripada 141,432 unit dijual pada 2022.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here