Polis buat serbuan, industri ekzos selepas pasaran Indonesia jatuh 80 peratus

281

Persatuan Ekzos Seluruh Indonesia (AKSI) mendedahkan jualan komponen selepas pasaran itu jatuh sebanyak 80 peratus susulan serbuan polis, baru-baru ini.

Ekzos bising bukan sahaja pencemaran bunyi bahkan polis memburu rider yang menggunakan produk tersebut.



Pengguna telah ditangkap dan kedai penjual dikunjungi dan diminta untuk berhenti menjual.

“Bahkan sekarang jualannya turun 70 hingga 80 peratus,” kata Ketua AKSI, Asep Hendro. 

Tambahnya, pada hari biasa jualan komponen selepas pasaran atau produk pengganti ekzos mencapai 3,000 hingga 7,000 unit sehari.

AKSI merupakan pertubuhan yang menyokong 20 jenama muffler tempatan dengan tenaga kerja sehingga 15,000 orang. Asep berkata, jika jualan terus jatuh bakal berpotensi kehilangan pekerjaan.

“Jika misalkan dalam jangka waktu tiga bulan ini (berlanjut), mungkin sudah berhenti bahkan boleh kehilangan kerja,” jelasnya.

Produk ezkos selepas pasaran keluaran AKSI telah mematuhi regulasi kerajaan dan salah satunya adalah tahap bunyi yang dibenarkan.

Buat masa ini, Indonesia tidak memiliki regulasi terperinci yang mengawal perbezaan antara ekzos selepas parasan dan ekzos bising yang dikejar polis.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here