Utama Berita Automotif PROTON serah 3 kereta EV untuk penilaian Kementerian Pengangkutan

PROTON serah 3 kereta EV untuk penilaian Kementerian Pengangkutan

8

PRO-NET menyerahkan tiga kenderaan elektrik – PROTON e.MAS 7, PROTON e.MAS 7 PHEV, PROTON e.MAS 5 dan smart #1 – kepada Kementerian Pengangkutan.

Ia adalah sebahagian inisiatif diterajui kerajaan untuk menilai penggunaan kenderaan elektrik bagi kegunaan rasmi.

Penyerahan itu berlangsung di ibu pejabat Kementerian Pengangkutan di Putrajaya dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan pegawai kanan Kementerian.

Inisiatif ini adalah susulan majlis pelancaran rasmi pada 26 Ogos 2025, di mana beberapa jenama automotif memberikan sokongan terhadap program Kementerian Pengangkutan memperkenalkan kenderaan elektrik bagi tujuan penilaian dalam operasi harian kementerian.

Melalui program ini, pihak berkepentingan kerajaan berpeluang merasai sendiri teknologi EV sambil menilai tahap praktikaliti, prestasi serta kesesuaiannya untuk kegunaan harian.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ir Abdul Rashid Musa berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong usaha kerajaan untuk mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti lebih lestari.

“Kami berbesar hati dapat menyokong Kementerian Pengangkutan dalam inisiatif ini dengan menyediakan PROTON e.MAS 5, e.MAS 7, e.MAS 7 PHEV dan smart #1 untuk tujuan penilaian.

“Inisiatif seperti ini memberi peluang kepada pihak berkepentingan merasai sendiri teknologi EV, yang memainkan peranan penting dalam membentuk dasar, pembangunan infrastruktur serta mempercepatkan penerimaan mobiliti elektrik di Malaysia.

“Sebagai jenama EV nombor 1 di Malaysia, kami bangga dapat menyumbang kepada inisiatif ini melalui PROTON e.MAS 5, PROTON e.MAS 7 dan PROTON e.MAS 7 PHEV, sekali gus menyokong perkembangan ekosistem EV negara,” katanya.

Penyerahan kenderaan itu juga menunjukkan komitmen PROTON untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dan rakan industri bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon pada masa hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here