Honda CR-V terima 6,500 tempahan, varian V paling laku keras

205

Honda Malaysia menerima 6,500 unit tempahan CR-V sejak November tahun lalu dan sehingga kini sebanyak 1,500 unit dihantar kepada pelanggan.

Berdasarkan angka tersebut, varian V mendapat tempahan tertinggi sebanyak 45 peratus diikuti varian E (30 peratus), varian RS (14 peratus) dan varian paling rendah iaitu S (11 peratus).

Manakala warna Canyon River Blue paling mendapat sambutan dengan tempahan sebanyak 16 peratus diikuti Platinum White.



CR-V generasi keenam dijual pada harga mula RM159,900. Pasaran tempatan menerima dua pilihan enjin dengan pacuan semua roda (AWD) atau pacuan dua roda (2WD).

Buat pertama kalinya, CR-V hadir dalam format penggerak hibrid di samping versi petrol. Enjin 2.0-liter suntikan langsung 4-silinder Atkinson cycle DOHC menghasilkan kuasa 148PS @ 6,100rpm dan tork 190Nm @ 4,500rpm.

Gabungan motor menjana total output 184PS @ 5,000 – 8,000rpm dan tork 335Nm @ 0-2,000rpm  bersama transmisi e:CVT.

Enjin petrol pula menghasilkan kuasa 193PS @ 6,000rpm dan tork 243Nm @ 1,700-5,000rpm dengan pecutan yang dipertingkatkan. Padanan transmisi CVT memberikan pemanduan lebih senyap dan lancar.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here