#TahukahAnda : Pengguna boleh ‘walk in’ ke PPCSB Hicom-Glenmarie dapatkan alat ganti

645

Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan selepas jualan dan mengembalikan semula kepercayaan pelanggan, Proton melakukan pelbagai cara untuk menambahbaik kitaran bekalan alat ganti jenama kenderaan nasional itu. 

Pagi tadi, Proton menganjurkan lawatan media yang mendedahkan kecekapan ekosistem gudang alat ganti dan pelan pembangunan penambahbaikan rantaian bekalan alat ganti 2024 serta pendedahan sistem inovatif bagi meningkatkan kecekapan operasi di Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB).

Berikut informasi ringkas yang perlu anda tahu tentang PPCSB Hicom Glenmarie :



  • PPCSB merupakan gudang alat ganti pertama Proton yang beroperasi sejak 1992 dan menghubungkan gudang-gudang lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta beberapa gudang lain di luar negara.
  • PPCSB menerima tempahan alat ganti sekitar 3,500 sehari yang mana proses tersebut dilakukan secara manual.
  • Bagi mempercepatkan lagi operasi penyediaan tempahan, PPCSB akan laksana sistem atas talian yang digabungkan menjadi satu bermula 25 Mac ini.
  • Kakitangan bakal menggunakan imbasan kod bar alat ganti menggantikan sistem manual sebelumnya.
  • Tempahan alat ganti di bahagikan kepada tiga kategori iaitu segera yang mana penghantaran dalam tempoh 24 jam, normal (7 hari) dan tempahan sebelah petang akan dihantar keesokkan harinya.
  • Selain itu, pengguna Proton juga boleh ‘walk in’ ke PPCSB HQ Glenmarie bagi mendapatkan alat ganti (kecuali X series). Namun, difahamkan ia melibatkan komponen bersaiz kecil.
  • Tahukahanda, di gudang tersebut turut menyimpan alat ganti model-model Heritage Proton. 
  • PPCSB menguruskan 354 pelanggan melibatkan bengkel baikpulih badan dan semburan cat serta stokis dan wakil jualan sah di samping 26 pengedar luar negara.
  • Bagi tempoh dua tahun, PPCSB melabur dalam meluaskan lebih 35 peratus ruang gudang Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (28,700 kepada 39,000 meter persegi).
  • PPCSB HQ Glenmarie berkeluasan 26,700 meter persegi  menguruskan bekalan import, eksport dan logistik ke Pantai Timur Semenanjung dengan kapasiti harian  2,500-4,500 barisan tempahan.
  • PPCSB HQ 2, Glenmarie berkeluasan 3,200 meter persegi yang beroperasi sejak 2023 pula menyimpan alat ganti domestik dan eksport, termasuk Malaysia Timur dan belian masa akhir.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here