Pemasangan CKD Chery Omoda E5 bermula suku kedua 2024

188

Chery Malaysia akan memulakan versi pemasangan tempatan (CKD) Omoda E5 pada suku kedua tahun ini.

Pihak syarikat berkata E5 berkongsi frem badan yang sama dengan SUV Omoda 5 yang sudahpun dipasarkan secara CKD di Malaysia.



Sebagai permulaan, Chery Malaysia membawa masuk versi import (CBU) Omoda E5 menerusi pilihan satu varian bagi memudahkan kakitangan menjual model berkenaan. 

Pengedar rasmi kenderaan China itu, memperkenalkan Omoda E5 pada harga RM146,800 seunit bagi model 2024.

Pesaing BYD Atto 3 dan Hyundai Kona itu menggunakan Permanent Magnet Synchronous dan bateri litium besi fosfat (LFP) berkapasiti 61kWh.

Motor elektrik yang diletakkan pada bahagian depan berkuasa 201hp dan tork 340Nm. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 7.6 saat.

Chery mendakwa bateri LFP pada Omoda E5 tidak berpotensi meletup atau terbakar seperti mana berasaskan jenis nikel. Bahkan, ia memiliki ketahanan terhadap tusukan objek tajam dan lebih stabil ketika suhu panas.

Model itu juga dilengkapi dengan teknologi Vehicle To Load (V2L) sehingga 3.3kW yang menukar kenderaan elektrik menjadi sumber kuasa mudah alih.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here