Chery Malaysia buka pusat 3S di Sabah

110

Chery Malaysia melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Sabah yang dikendalikan oleh Universal Chery Sdn Bhd.

Pusat 3S seluas 1,400 meter persegi tersebut menawarkan pengalaman komprehensif pameran kenderaan, perkhidmatan pelanggan dan penyelenggaraan.



Ia dilengkapi dengan ruang menunggu buat pelanggan dan lapan ruang servis dengan kapasiti penyelenggaraan 830 kenderaan sebulan yang diuruskan juruteknik terlatih Chery.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata menerusi pembukaan 3S itu pihaknya dapat meneroka pasaran Sabah sekaligus memperluaskan rangkaian Chery seluruh Malaysia.

“Dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, menunjukkan komitmen kami menyediakan perkhidmatan luar biasa dan kemudahan kepada pelanggan di Sabah.

“Kami juga ingin memperkenalkan jenama kami kepada lebih ramai pelanggan terutamanya di Sabah untuk memandu uji dan mengenali dengan lebih dekat lagi kenderaan Chery,” tambah beliau.

Universal Chery Sdn Bhd adalah salah satu daripada 40 wakil pengedar Chery di seluruh negara yang terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Buat masa ini, Chery Malaysia menawarkan model Omoda 5, Tiggo 8 Pro dan Omoda E5.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here