Suspek tembak di KLIA ditangkap di Kota Bharu

424

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Husain Hafizul Harawi, 38, telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

“Ya, saya sahkan, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek, iaitu ustazah Farah Cie dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu.



Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.

Dalam kejadian isteri suspek tiba di balai ketibaan itu untuk menyambut jemaah umrah yang baru tiba dari Tanah Suci.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan kritikal.

Ketika ini pengawal keselamatan itu ditidurkan akibat pendarahan dalaman.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here