Haval dedah imej Raptor Hi4 menjelang pelancaran rasmi di Pameran Auto Beijing

92

Imej rasmi SUV off road, Haval Raptor (2024) plug in hibrid didedahkan menjelang pelancaran rasmi di Pameran Auto Beijing  hujung bulan ini.

Sebelumnya, Pengurus Besar Haval, Zhao Yongpo berkata kereta baharu itu dioptimumkan berasaskan cadangan daripada pelanggan.



Bagaimanapun buat masa ini dimensi SUV itu masih belum didedahkan. Panjang Haval Raptor sedia ada adalah 4,800mm, lebar (1,912mm) dan tinggi (1,822mm) dengan jarak roda 2,783mm.

Haval Raptor Hi4 berkemungkinan bakal menggunakan sistem plug in hibrid Hi4 Great Wall Motor yang terdiri daripada enjin 1.5T dan dwi motor bersama transmisi DHT 2-kelajuan.

Namun, spesifikasi terperinci bateri dan jarak perbatuan masih disimpan. SUV itu didatangkan dengan dua warna badan iaitu Storm Yellow dan Ink Jiangnan Grey.

Sementara, penampilan SUV itu kekal tidak berubah yang mana fascia depan didatangkan dengan gril tiga jalur melintang dengan lencana ‘HAVAL’ di tengah.

Bampar bawah tebal berwarna perak menyerlahkan ciri rugged Raptor Hi4 sebagai SUV off road yang kemudian disempurnakan dengan rekaan lampu belakang bulat dan segi empat tepat.

Logo “Hi-4 Haval Raptor” juga disematkan pada sudut kanan bawah. 

Dari segi bantuan pemanduan, Haval Raptor sedia ada dilengkapi dengan 11 sensor yang menggunakan kamera dan radar. Ia membolehkan fungsi bantuan pemanduan lanjutan L2 termasuk kawalan pelayaran adaptif dan kekal lorong. 

Pada bulan Mac, 2,091 unit Haval Raptor telah dijual mewakili 7.44 peratus jualan keseluruhan Great Wall Motor dan menduduki tempat ke-93 dalam jualan SUV, menurut Persatuan Kereta Penumpang China.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here