Polis cari dua pemandu halang laluan ambulans

126

Polis sedang mengesan pemandu dua kenderaan yang tular menghalang laluan ambulans di KM25, Jalan Johor Bahru- Air Hitam (arah Johor Bahru).

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata rakaman video mengenai kejadian itu dikesan pada jam 2.30 petang, Isnin menerusi media sosial.

“Video berkenaan memaparkan dua kereta dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai telah mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan tersebut dan siasatan akan dijalankan mengikut kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans,” katanya.

Sebelum itu, tular video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sebuah Honda dan MPV Proton Exora menghalang laluan ambulans ketika keadaan jalan sesak.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh undang-undang dan hendaklah dengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis.

ARTIKEL LAIN

Pemandu ambulans berhenti ambil pisang goreng ketika bawa pesakit

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here