#Spyshot : Perodua EV dikesan tanpa spoiler besar, dedah profil badan acah CH-R

8

Sebuah unit ujian Perodua EV sekali lagi muncul dan kali ini dikesan sekitar ibu kota. 

Imej itu dikongsi oleh Levin Trd di grup Facebook Paultan.org Automotive/Car Discussion.

Apa yang berbeza kali ini selain keseluruhan badan ditutupi dengan kamouflaj?. Buat pertama kalinya imej intip yang dikongsi menunjukkan kereta elektrik (EV) Perodua itu tampil tanpa spoiler besar di belakang.

Menurut khabar angin model itu akan menggunakan nama QV-E berdasarkan pendaftaran cap dagang Perodua. 

Model prototaip akhir yang dipertontonkan pada Malaysia Autoshow yang lalu menunjukkan reka bentuk badan sebuah crossover.

Manakala profil badan pada imej intip terkini itu nampak lebih sporty menerusi garisan bumbung yang rendah di belakang acah fastback, pemegang pintu yang disatukan dengan badan dan hendal pintu penumpang belakang yang tersembunyi mirip Toyota CH-R.

Selain itu, di atas bahagian cermin depan terletak dua kotak kecil yang kemungkinan menjadi lokasi kamera dan sensor radar yang berfungsi sebagai ‘mata’ utama untuk sistem ADAS. 

Pada bahagian bumbung belakang turut terlihat objek kotak yang mungkin bagi menyembunyikan rekaan antena.

Setakat ini, maklumat awal yang didedahkan adalah Perodua EV itu akan menggunakan bateri CATL dengan jarak perbatuan 400km.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here