
Hyundai Staria dilancarkan di Malaysia pada 2021 dengan pilihan varian 7 tempat duduk, kemudian diikuti dengan varian 10 tempat duduk pada tahun 2022.
Sejak itu, kehadiran MPV itu merupakan pemandangan biasa di jalan raya Malaysia. Menerima sambutan jualan yang agak memuaskan, tidak hairan versi kemas kini Staria menjadi salah satu model dilancarkan hari ini oleh Hyundai Motor Malaysia.
Hyundai Staria dikenali dengan reka bentuk futuristik dan ruang dalaman yang luas serta fleksibel. Kemas kini yang dijalankan adalah pemasangan lencana Hyundai ‘H’ aluminium rata baharu dan kunci dengan logo H.
Manakala kabin pula dinaiktaraf dengan fungsi pengelap cermin automatik, pintu gelunsur berkuasa dengan fungsi buka melalui sensor kunci yang kini beroperasi lebih pantas serta penambahan port USB-C di seluruh kabin (kecuali port infotainmen yang masih USB-A).
Namun, perubahan terbesar ialah pengenalan semula model tertinggi iaitu varian tujuh tempat duduk yang kini dikenali sebagai Prestige. Berbanding dengan varian Premium sebelumnya, varian Prestige menerima sentuhan :
- Kemasan gangsa pada lencana, bingkai lampu depan, gril, spoiler depan, perumah cermin sisi dan kemasan bampar belakang, walaupun secara keseluruhannya kelihatan sama dengan model sebelumnya.
- Di bahagian dalam, masih menggunakan kemasan upholsteri kulit Nappa, tetapi material Alcantara pada pintu dan konsol tengah telah digugurkan.
- Kabin dengan dua tona warna kelabu dan coklat.
- Sistem bunyi Bose 12 pembesar suara
- Segudang bantuan pemanduan termaju Hyundai SmartSense merangkumi bantuan lampu tinggi (HBA), kemalangan hadapan dengan bantuan elak (FCA), bantuan kekal lorong (LKA), lane following assist (LFA), amaran pemerhatian pemandu (DAW) dengan leading vehicle departure, fungsi amaran, amaran perlanggaran titik buta, pemantauan titik buta, amaran trafik belakang dan safe exit assist (SEA).
Selain itu, pemilik Hyundai Staria facelift masih mendapat kluster instrumen digital 10.25 inci dan sistem infotainmen bersaiz 8-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas tanpa wayar Qi dan kamera 360 darjah.
Di bawah hud depan kekal menggunakan enjin turbodiesel empat silinder 2.2 liter yang menghasilkan kuasa 177PS @ 3,800rpm dan tork 431Nm @ 1,500 hingga 2,500rpm bersama transmisi automatik lapan kelajuan.
Berikut harga jualan Hyundai Staria Facelift :
- Hyundai Staria Style (10-tempat duduk): RM179,888
- Hyundai Staria Prime (10-tempat duduk): RM196,888
- Hyundai Staria Prestige (10-tempat duduk): RM209,888
- Hyundai Staria Prestige (7-tempat duduk): RM267,888
@motoqar Hyundai Staria tujuh tempat duduk yang dipertingkatkan. Hadir kemasan gangsa! #CapCut