
Ferrari memperkenalkan Amalfi, sebuah coupé 2+ dengan enjin V8 hadapan-tengah yang menggantikan Ferrari Roma, menawarkan gabungan prestasi tinggi, keselesaan, dan gaya untuk pemanduan harian mahupun situasi lebih dinamik.
Bahagian luar menampilkan rekaan kemas dengan bonet panjang dan gril udara besar di hadapan.
Bahagian belakang pula hadir dengan spoiler aktif yang menyumbang kepada kestabilan pada kelajuan tinggi, rim tempa dan kemasan gentian karbon.
Reka bentuk kabin menggunakan susun atur dwi-kokpit, stereng baharu dengan butang fizikal serta butang mula aluminium.
Paparan tengah dan kawalan ergonomik menjadikan interaksi dengan kenderaan lebih intuitif.
Konfigurasi 2+ turut membolehkan tempat duduk belakang digunakan untuk menambah kepraktisan dan ruang kargo.
Enjin V8 640 cv (649 PS)
Ferrari Amalfi menggunakan enjin V8 turbo berkembar 3,855cc generasi terbaharu daripada keluarga F154 yang memenangi banyak anugerah.
Dengan talaan turbo baharu, ia menghasilkan 640 cv (649 ps) dan disalurkan melalui transmisi dwi-klac 8-kelajuan.
Ciri utama enjin:
- Kuasa maksimum: 640 cv (649 ps) @ 7,500 rpm
- Kuasa spesifik: 166 cv/l (169 ps/l)
- Had rpm: 7,600 rpm
- Tork maksimum: 760 Nm @ 3,000–5,750 rpm
- Nisbah mampatan: 9.4:1
Sistem pengecas turbo kini membolehkan kawalan berasingan kelajuan dua pengecas sehingga 171,000 rpm.
Sensor tekanan khas pada setiap silinder meningkatkan ketepatan kawalan.
ECU baharu seperti pada 296 GTB, Purosangue dan 12Cilindri digunakan untuk mengoptimumkan prestasi.
Pengurangan berat turut diberi perhatian dengan aci sesondol ringan (-1.3kg), blok enjin dikemaskini dan penggunaan minyak enjin kelikatan rendah untuk 30 peratus kurang rintangan ketika sejuk.
Ciri teknikal lain:
- Aci engkol flat-plane
- Pengecas turbo inersia rendah
- Teknologi skrol berkembar
- Pancarongga skrol tunggal dengan saluran sama panjang
Transmisi dwi-klac 8-kelajuan dengan sistem rendaman minyak kini lebih lancar dan pantas hasil integrasi lebih mendalam dengan perisian enjin.
Reka bentuk bunyi turut diberi perhatian dengan sistem ekzos baharu:
- Penyenyap baharu untuk patuh piawaian bunyi
- Header sama panjang
- Pemangkin jenis ceramic matrix dengan salutan trimetal (rhodium, platinum, palladium)
-
Kawalan bunyi dikendalikan oleh injap pintasan kawalan berkadar dengan pemetaan khas untuk menyesuaikan bunyi ekzos mengikut keadaan pemanduan.
Reka Bentuk Luar
Rekaan luaran Amalfi diinspirasikan daripada Ferrari Roma, namun menampilkan bentuk yang lebih moden dan berunsur skulptur tanpa mengabaikan identiti coupé 2+ Ferrari.
Ia dibentuk sebagai satu unit skulptur dengan pendekatan minimalis. Bahagian hadapan tidak mempunyai gril tradisional, sebaliknya menampilkan sayap terapung berwarna badan di atas jalur gelap yang menempatkan penderia dan lampu.
Bahagian sisi menampilkan rekaan berbentuk baji dengan lampu yang disepadukan secara teknikal.
Bahagian belakang pula dihiasi garisan karakter yang mengelilingi badan, lampu dengan grafik tersendiri, peresap besar, dan spoiler bersepadu.
Warna pelancaran dikenali sebagai Verde Costiera, iaitu hijau biru berkilau yang diinspirasikan daripada pantulan laut di sepanjang pantai Amalfi.

Ciri utama dalaman:
- Paparan utama digital 15.6”
- Paparan tengah sesentuh 10.25”
- Paparan penumpang 8.8”
- Stereng baharu dengan butang fizikal
- Butang mula aluminium (kiri stereng)
- Susun atur kawalan:
- Kiri: ADAS, cruise, telefon, arahan suara
- Kanan: paparan, wiper, isyarat
- Belakang stereng: dua tombol putar digunakan untuk mengawal kelantangan dan pemilihan saluran.
Terowong tengah diperbuat daripada blok aluminium teranod, menempatkan kawalan gear, ruang kunci, pengecas tanpa wayar dan kawalan sekunder.
- Palet warna dalaman menyerlahkan karakter sporti kereta, dengan gabungan bahan dan warna yang menekankan konsep sporti.
- Verde Bellagio, hijau terang pada model pelancaran, memfokuskan perhatian pada bahagian hadapan kabin.
- Tempat duduk pilihan tersedia dalam tiga saiz dan dilengkapi dengan:
- 10 kebuk udara untuk fungsi urutan
- 5 program urutan dengan 3 tahap intensiti
- Sistem pengudaraan untuk tempat duduk dan belakang
Sistem audio pilihan Burmester® menampilkan 14 pembesar suara, 1,200 watt dan tiga tetapan pendengaran, dengan tweeter jenis ring radiator.
HMI dan Maklumat Hibur
Sistem HMI baharu dibina untuk interaksi intuitif dan melibatkan kedua-dua pemandu dan penumpang.
Stereng direka untuk ergonomik optimum, dengan semua kawalan boleh dicapai tanpa mengganggu pemanduan.
Ciri digital utama:
- Kluster digital 15.6”
- Skrin tengah 10.25” (media, radio, telefon, cermin skrin, kawalan suhu, tempat duduk, tetapan kenderaan)
- Skrin penumpang 8.8” (daya-G, rpm dll)
Sambungan dan sistem lain:
- Apple CarPlay® dan Android Auto® (standard)
- Pengecas telefon pintar tanpa wayar
- MyFerrari Connect – pemantauan jauh melalui aplikasi rasmi
Aerodinamik Aktif
Pembangunan aerodinamik dilakukan melalui CFD, terowong angin dan reka bentuk bersama. Semua elemen mempunyai fungsi aerodinamik tertentu.
Ciri utama:
- Penutup aerodinamik bawah badan (depan & belakang)
- Saluran pintasan di atas lampu depan untuk penyejukan enjin
- Penjana pusaran dan penyebar hadapan untuk daya tekan dan pengudaraan brek
- Penyebar belakang baharu dengan saluran tengah untuk kestabilan
- Spoiler aktif belakang dengan 3 mod:
- LD (Low Drag)
- MD (Medium Downforce)
- HD (High Downforce – tambah 110kg daya mendap @ 250 km/j, <4% seretan)
- Bahagian belakang dilengkapkan dengan nolder terintegrasi setinggi 20 mm, iaitu tonjolan kecil pada permukaan yang membantu mengawal dan mengarahkan semula aliran udara.
- Fungsi ini meningkatkan kestabilan kenderaan terutama dalam konfigurasi rendah rintangan (low-drag), sekaligus memperbaiki prestasi aerodinamik.
Bahagian hadapan menempatkan radiator air enjin dan kondenser penyaman udara, manakala sisi untuk pendingin antara sistem turbo.
Dinamik Kenderaan
Ferrari Amalfi menggunakan teknologi terkini seperti:
- Brake-by-wire
- ABS Evo (dari 296 GTB, Purosangue, 12Cilindri)
- 6D sensor – untuk penganggaran kelajuan, slip dan pengagihan brek
- Side Slip Control (SSC) 6.1 – sistem kawalan bersama semua pengawal dinamik
- Stereng Kuasa Elektrik (EPS) – anggaran cengkaman 10% lebih cepat, walau tidak berada di had cengkaman
- Spoiler aktif belakang beroperasi mengikut pecutan
Ciri bantuan pemandu (ADAS):
- Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)
- Brek Kecemasan Automatik
- Amaran Keluar Lorong
- Bantuan Kekal Lorong
- Pengesanan Titik Buta
- Lampu Tinggi Automatik
- Pengecaman Tanda Jalan
- Pengesanan Mengantuk & Gangguan Pemandu
- Kamera Sekeliling (pilihan)
- Amaran Trafik Lintasan Belakang (pilihan)
Semua sistem disepadukan dalam paparan dan dikawal melalui radar, kamera dan unit kawalan khas.
Tayar dan Rim
Tayar dipilih untuk seimbangkan rupa, prestasi dan keselesaan:
- Rim 20”
- Hadapan: 245/35 R20
- Belakang: 285/35 R20
- Tayar: Bridgestone Potenza Sport atau Pirelli P ZERO
Nisbah sisi tayar sama seperti Roma untuk serapan dan tindak balas progresif.
Spesifikasi Teknikal – Ferrari Amalfi
Kuasa & Enjin:
- Enjin: 3,855 cc V8 turbo berkembar, takungan basah
- Gerek x lejang: 86.5 x 82 mm
- Kuasa maksimum: 640 cv (649 PS) @ 7,500 rpm
- Tork maksimum: 760 Nm @ 3,000–5,750 rpm
- Redline: 7,600 rpm
- Nisbah mampatan: 9.4:1
- Kuasa spesifik: 166 cv/l (169 PS/l)
Prestasi:
- Kelajuan maksimum: 320 km/j
- 0–100 km/j: 3.3 saat
- 0–200 km/j: 9.0 saat
Brek: 390 x 223 x 34 mm (Hadapan), 360 x 233 x 32 mm (Belakang)
- Jarak membrek 100–0 km/j: 30.8 m
- Jarak membrek 200–0 km/j: 119.5 m
Dimensi & Berat:
- Panjang 4,660 mm, lebar 1,974 mm, dan tinggi 1,301 mm
- Jarak roda: 2,670 mm
- Berat kering*: 1,470 kg
- Nisbah kuasa-berat: 2.29 kg/cv (2.26 kg/PS)
- Agihan berat: 50% hadapan / 50% belakang
Tangki bahan api: 80 liter
Ruang but: 273 liter
* Berat kering dengan pilihan perkakasan ringan