Proton X50 buka tempahan, 10,000 pelanggan pertama dapat rebat tunai RM1,000

58

Proton kini membuka tempahan model X50 serba baharu di pasaran tempatan menerusi tiga pilihan varian Executive, Premium, dan Flagship.

SUV berkenaan kini didatangkan dengan reka bentuk baharu, naik taraf ciri ADAS Tahap 2, sistem IHU yang dipertingkatkan dengan skrin besar 14.6 inci dan buat pertama kalinya bersama pengecaman suara (VR) Bahasa Melayu.

Proton X50 dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD  baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif, model terbaharu ini menjana kuasa 178hp dan 290Nmtork. 

Mampu memecut dari 0-100kmj dalam hanya 7.6 saat, mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat. Dengan peningkatan ketara 4.7 peratus dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.

Proton menawarkan nilai tambahan ciri baharu keseluruhannya adalah lebih daripada RM10,000.

Selain itu, pihak syarikat juga menawarkan pakej “READY TO ROAR” buat 10,000 pelanggan terawal yang membuat tempahan bermula 5 Julai 2025 sehingga tarikh pelancaran melibatkan :

  • Rebat tunai RM1,000*.
  • Kad Touch ‘n Go edisi khas.
  • Tawaran GEMPAK! eksklusif – akan didedahkan semasa majlis pelancaran rasmi.
ARTIKEL LAIN

Proton X50 2025 Serba Baharu: Ini 4 ciri baharu yang anda perlu tahu




APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here