Bawa kereta jutaan ringgit, tapi culas perbaharui cukai jalan

186
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita beberapa buah kenderaan import dan mewah atas pelbagai kesalahan dalam operasi diadakan sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.
 

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak 10 kenderaan mewah yang disita antaranya Porsche Taycan, Toyota Alphard dan Mini Cooper dan Countryman.

Sepanjang operasi berkenaan merekodkan 10,435 kes melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan 7,812 kes melibatkan tiada perlindungan insurans yang sah.

“Amat dikesali apabila masih terdapat pemilik kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit yang mengabaikan tanggungjawab memperbaharui LKM dan insurans, malah memberikan alasan seperti lupa satu justifikasi yang tidak boleh diterima sama sekali.

“JPJ memandang serius isu ini kerana kenderaan tanpa perlindungan insurans, sekiranya berlaku kemalangan ketiadaan perlindungan ini menyebabkan pihak lain terpaksa menanggung beban kerugian dan pampasan,” katanya. 
 
Susulan itu, pihak JPJ telah menyita kenderaan tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan  dibawa ke depoh simpanan JPJ Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.
 
JPJ Negeri Sembilan turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan dokumen kenderaan dan lesen memandu mereka sah dan dikemas kini, bagi mengelakkan tindakan sitaan, denda, atau pendakwaan di mahkamah.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here