Utama Berita Automotif Counter Setting : 27 individu termasuk 18 pegawai penguatkuasa direman

Counter Setting : 27 individu termasuk 18 pegawai penguatkuasa direman

17

Seramai 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguatkuasa direman kerana disyaki terlibat dengan sindiket counter setting bagi melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan 13 individu melibatkan empat pegawai agensi penguatkuasa, lima pemilik syarikat, seorang pengurus syarikat dan tiga orang awam lain direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Khamis.

Majistret Uthman Abd Ghani pula membenarkan tiga pegawai agensi penguatkuasa direman selama empat hari hingga Sabtu serta dua lagi selama lima hari hingga Ahad selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor dan Ayer Keroh, Melaka pada Rabu.

Majistret Sara Afiqah Zulkipli membenarkan lapan pegawai agensi penguatkuasa direman selama tujuh hari hingga Selasa manakala Majistret S Arunjothy membenarkan seorang lagi pegawai agensi penguatkuasa direman selama lima hari hingga Ahad selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pada hari sama.

Gambar hiasan

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita berusia antara 20 hingga 50-an ditahan menerusi operasi di sekitar Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada Selasa.

โ€œSuspek ditahan disyaki terlibat sindikit counter setting yang mana mereka dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukkan warga negara asing ke negara ini tanpa menerusi prosedur yang ditetapkan.

โ€œSusulan operasi itu juga SPRM telah menyita wang tunai lebih RM200,000, beberapa unit barangan kemas, kepingan emas, kereta, motosikal, beg tangan, jam tangan dan peranti telekomunikasi,โ€ katanya.

Pada Selasa Bahagian Perisikan SPRM telah menjalankan operasi di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor menerusi Op Rentas.

Susulan operasi itu juga, seramai 30 individu telah ditahan dan SPRM turut membekukan 40 akaun perbankan melibatkan 34 akaun individu dan enam akaun syarikat melibatkan nilai lebih RM1 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here