Utama Berita Automotif Tempahan Proton Saga dibuka, harga mula RM40k

Tempahan Proton Saga dibuka, harga mula RM40k

23

Proton membuka tempahan Saga serba baharu menerusi tiga pilihan varian Standard, Executive dan Premium.

Didatangkan dengan lima pilihan warna badan, harga anggaran Proton Saga bermula daripada RM40,000 hingga RM50,000.

Di samping itu, Proton turut menawarkan ganjaran eksklusif bagi 20,000 pelanggan terawal yang menempah dari 10 November 2025 sehingga hari pelancaran rasmi dan mendaftarkan kenderaan sebelum 31 Disember ini melibatkan :

  • Servis percuma setahun atau 20,000km, yang mana terdahulu (termasuk upah dan alat ganti servis)
  • Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Saga serba baharu

Dibangunkan di atas platform Advanced Modular Architecture (AMA) baharu, Saga merupakan model pertama yang direka bentuk, dibangunkan dan disahkan sepenuhnya di Malaysia dengan kerjasama teknikal daripada Geely.

Saga kini dikuasakan enjin i-GT 1.5 liter baharu berkuasa 120PS dan tork 150Nm. Enjin ini menampilkan beberapa teknologi termaju seperti Atkinson Cycle, Dual Variable Valve Timing (DVVT), dan Toothed Timing Chain(yang 25.24% lebih senyap berbanding roller timing chain tradisional).

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here