EV pertama Perodua bakal lancar hujung bulan ini

129

Perodua akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelancaran kenderaan EV Perodua buatan Malaysia sepenuhnya itu akan dijadikan Agenda Nasional.

“Kenderaan EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi negara,” kata beliau ketika berucap semasa lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua.

Perdana Menteri, Datuk Seri anwar Ibrahim melihat model Perodua Bezza ke 5.5 juta.

Sebelum ini, Motoqar melaporkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memberi jaminan bahawa model EV sulung itu akan terus dilokalisasikan selepas pengeluaran besar-besaran bermula awal tahun depan.

Jelas beliau, komponen tempatan akan melepasi 50 peratus selepas pemasangan massa dijalankan tahun depan.

“Tak lama lagi kita akan lancarkan EV kita ini. Platform, harta intelek (IP), dan reka bentuk EV ini akan dimiliki sepenuhnya oleh Perodua dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia. 

“Jadi, apa yang kita nak, bukan saja EV ni adalah model buatan kita, buatan Malaysia, buatan rakyat Malaysia,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here