Audi RS3 GT: Adakah ini penamat bagi kereta berenjin lima-silinder Audi?

5

Audi menegaskan komitmennya untuk terus menawarkan enjin pembakaran dalaman kepada para pelanggannya. 

Namun, tidak semua enjin pembakaran dalaman Audi mempunyai jangka hayat yang panjang. 

Selepas enjin bentangan W12 dan V10 ditamatkan, tiba giliran sebuah lagi enjin ikonik Audi yang bakal menerima nasib yang serupa, iaitu enjin lima-silinder sebaris. 

Enjin lima silinder itu bakal membuat kemunculan terakhir pada model Audi RS3 GT berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada CarSpyMedia. 

Unit prototaip yang sedang diuji di Nurburgring itu menampilkan kit badan aerodinamik, tetapan suspensi yang lebih keras, serta naik taraf kelengkapan GT termasuklah brek, stereng, roda, tayar dan komponen gentian karbon. 

Tidak dapat dipastikan sama ada enjin lima-silinder tersebut bakal dinaiktaraf buat kali terakhir, atau kekal dengan spesifikasi yang asal. 

Dalam versi sedia ada, enjin tersebut mampu menghasilkan 394 hp dan 500 Nm. 

CEO Audi, Gernot Döllner baru-baru ini turut mengesahkan hayat enjin lima-silinder tersebut mungkin akan ditamatkan serentak dengan pelaksanaan peraturan emisi Euro 7 yang dijangka pada November 2027. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here