ID. Unyx 08: EV Volkswagen dengan identiti kereta China

6

Dengan kebangkitan jenama-jenama automotif domestik, kebanyakan syarikat pengeluar utama dunia mula goyah di pasaran China.

Sesetengah daripada mereka mula menjalinkan kerjasama dengan pengeluar China demi memastikan kelangsungan operasi yang lebih terjamin.

Volkswagen seperti contoh membangunkan model baharu ID. Unyx 08 menerusi kerjasama dengan Xpeng.

Namun, reka bentuk EV terbaharu ini tidak langsung mempunyai elemen yang sinonim dengan jenama Volkswagen. Tanpa kehadiran logo, ia mungkin sekali disalahertikan sebagai sebuah lagi EV buatan China.

ID. Unyx 08 membawakan ciri lampu utama terpisah, struktur bampar tanpa kehadiran jeriji radiator, sistem brek Brembo, pintu tanpa kerangka tingkap dan motif serigala pada unit lampu brek ketiga.

Di pasaran China, ID. Unyx 08 mempunyai dimensi sepanjang 5,000 mm, dan jarak antara roda 3,030 mm yang menjadikannya lebih besar berbanding model Touareg.

Menurut laporan media tempatan, Volkswagen ID. Unyx 08 berkongsi kelengkapan yang hampir serupa dengan Xpeng G9, seperti pek bateri LFP yang menawarkan jarak gerak 700 km, pengecasan pantas 800V, dan kuasa cecah 500 hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here