Perodua QV-E (2025) terima 5-bintang penarafan ASEAN NCAP

7

Perodua QV-E menerima penarafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan baharu ASEAN NCAP mengikut protokol 2021-2025.

Ujian dijalankan bagi model 2025 untuk pasaran tempatan dan hatchback berkenaan memperoleh skor keseluruhan sebanyak 88.36 mata, yang terdiri daripada empat kategori penilaian dengan skor :

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 36.63 mata
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP): 16.73 mata
  • Bantuan Keselamatan (SA): 20.00 mata
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 15.00 mata

Bagi kategori COP, QV-E meraih skor 16.73 daripada 20.00 mata yang mana ia merekodkan prestasi cemerlang dengan markah penuh bagi ujian hadapan, sisi dan ciri pengesan kanak-kanak turut menyumbang 2.00 mata tambahan.

Ujian dilakukan menggunakan kerusi keselamatan Joie i-Spin 360 GTi (posisi menghadap belakang) untuk kedua-dua patung kanak-kanak berusia 18 bulan dan 3 tahun. 

Manakala di bawah kategori AOP, kereta elektrik itu memperoleh 13.31 mata bagi ujian perlanggaran impak hadapan.

Data “dummy” menunjukkan perlindungan yang baik pada bahagian kaki pemandu dan penumpang.

Bagaimanapun, perlindungan dada penumpang hadapan dikategorikan sebagai sederhana, manakala dada pemandu pada tahap memadai. Laporan turut mencatatkan berlaku sedikit footwell rupture semasa impak.

Namun ujian impak sisi mencatatkan prestasi sempurna dengan 8.00 mata penuh, memberikan perlindungan tahap baik untuk semua bahagian badan pemandu.

Bagi Teknologi Perlindungan Kepala (HPT) turut mendapat markah penuh 8.00 mata.

Model Perodua QV-E tersedia dalam satu varian menawarkan ciri standard seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang, pengesan penumpang tempat duduk belakang, Perlindungan Pejalan Kaki (PP), ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak, dan Pengesan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here