
Mercedes-Benz memperkenalkan GLB generasi kedua dan seperti model baharu lain dijana kuasa elektrik.
Ditawarkan dalam konfigurasi lima atau tujuh tempat duduk, GLB diposisikan sebagai kenderaan versatil sesuai untuk kehidupan harian yang pelbagai.
Pelancaran di Eropah dijadual pada musim bunga 2026, dimulakan dengan dua varian elektrik.
GLB 250+ menekankan jarak pemanduan, manakala GLB 350 4MATIC hadir sebagai varian berprestasi tinggi.
Rangkaian kuasa elektrik dan hibrid
Selain model elektrik, rangkaian GLB akan diperluas dengan varian elektrik asas dan model hibrid berteknologi tinggi.
• GLB 250+ dengan EQ Technology menghasilkan 200 kW
• Jarak pemanduan sehingga 631 km (WLTP)
• GLB 350 4MATIC dengan EQ Technology menghasilkan 260 kW
• Pacuan semua roda untuk varian 350
• Bateri litium-ion dengan kapasiti boleh guna 85 kWj
• Seni bina elektrik 800 volt
• Tambahan sehingga 260 km WLTP dalam 10 minit pengecasan
• DC pantas sehingga 320 kW dan AC sehingga 22 kW
Ruang dan kegunaan harian
Sebagai SUV keluarga, GLB menonjol dari segi keupayaan membawa penumpang dan barangan.
Ciri-ciri ruang dan keselesaan
• Pilihan lima atau tujuh tempat duduk
• Tempat duduk barisan kedua boleh dilaras secara membujur
• Ruang kepala lebih luas di barisan pertama dan kedua
• Ruang kaki belakang dipertingkatkan
• Sokongan paha barisan kedua lebih panjang
Selain ruang kabin, GLB turut menawarkan kelebihan praktikal melalui ruang simpanan hadapan terbesar dalam keluarga model baharu Mercedes-Benz.
Kapasiti simpanan
• Frunk 127 liter atau 104 liter mengikut ISO
• But belakang sehingga 540 liter bagi versi lima tempat duduk
• 480 liter bagi versi tujuh tempat duduk
• Sehingga 1,715 liter atau 1,605 liter dengan kerusi dilipat
Keupayaan luar bandar
Walaupun direka untuk kegunaan harian, GLB turut dibangunkan untuk pengembaraan di luar laluan berturap.
Ini terutama bagi varian pacuan semua roda yang memberi sokongan tambahan apabila diperlukan.
Keupayaan pemanduan dan tunda
• Sistem 4MATIC dengan motor elektrik gandar hadapan
• Mod pemanduan TERRAIN untuk laluan tanah dan batu kelikir
• Fungsi Transparent Bonnet dengan paparan maya bawah kenderaan
• Kapasiti menunda sehingga dua tan
• Beban tunda 100 kg untuk pembawa basikal elektrik
Ciri ini menjadikan GLB antara SUV elektrik kompak yang benar-benar praktikal untuk aktiviti perkhemahan dan percutian keluarga.
Keselamatan dan keselesaan perjalanan
Mercedes-Benz melengkapkan GLB dengan sistem bantuan pemandu menyeluruh untuk penggunaan harian dan perjalanan jauh, di bawah sistem MB.DRIVE.
Teknologi keselamatan utama
• DISTRONIC sebagai ciri standard di Eropah
• Lapan kamera, lima radar dan 12 sensor ultrasonik
• Komputer berprestasi tinggi dengan kemas kini over the air
• Suspensi redaman adaptif dengan mod Comfort dan Sport
Untuk keluarga, GLB membolehkan pemasangan sehingga empat kerusi kanak kanak di barisan kedua dan ketiga, serta satu di tempat duduk hadapan.
Reka bentuk luaran dan dalaman
Dari luar, GLB mengekalkan identiti model terdahulu namun dengan olahan baharu yang membawa imej segar.
Paling menonjol saiz jeriji besar dan panel kanan dan kiri. Bahagian belakang juga menarik dengan lampu yang bersambung.
Ciri reka bentuk utama
• Jeriji hadapan dengan 94 elemen bintang LED animasi
• Bumbung panoramik besar sebagai ciri standard
• SKY CONTROL panoramik pilihan dengan mod lutsinar atau kelabu
• Pencahayaan suasana bumbung dengan 158 bintang
Di dalam, pendekatan moden dan berteknologi tinggi diterjemahkan menerusi MBUX Superscreen serta susun atur kawalan yang lebih ergonomik.
Ciri dalaman utama
• Paparan pemandu 10.25 inci
• Paparan tengah dan penumpang hadapan 14 inci
• MBUX Superscreen sebagai pilihan
• Stereng baharu dengan kawalan fizikal diperkenalkan semula
Digital dan MBUX generasi baharu
GLB beroperasi sepenuhnya menggunakan Mercedes-Benz Operating System MB.OS, membolehkan fungsi kenderaan sentiasa dikemas kini sepanjang tempoh pemilikan.
Fungsi digital penting
• MBUX generasi keempat berasaskan MB.OS
• Integrasi AI Microsoft dan Google
• Pembantu Maya MBUX berasaskan ChatGPT4o, Bing dan Gemini
• Navigasi berasaskan Google Maps
• Perancangan laluan elektrik termasuk hentian pengecasan
• Paparan 3D masa nyata melalui MBUX Surround Navigation
Gabungan ruang, keupayaan sebenar dan pengalaman digital ini menjadikan Mercedes-Benz GLB serba baharu sebagai SUV elektrik kompak yang benar-benar direka untuk kegunaan harian moden.









