Utama Berita Automotif Cyclone RA1000 (2026) debut, kuasa 105 hp!

Cyclone RA1000 (2026) debut, kuasa 105 hp!

170

Kira-kira empat tahun yang lalu, Zongshen memperlihatkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai RA9 dengan penampilan yang cukup agresif dan radikal, menampilkan elemen daripada Aprilia Shiver dan Dorsoduro. 

Kini kita dapat melihat versi produksi sebenar RA9 dengan nama rasmi RA1000 merangkap motosikal sesaran terbesar yang pernah dihasilkan oleh Cyclone. 

Cyclone RA1000 membawakan struktur utama yang dipinjamkan daripada model Aprilia Shiver terdiri daripada seksyen hadapan trellis tiub yang dipadankan dengan seksyen kerangka belakang aluminium. 

Cuma komponen lengan ayun sahaja dibangunkan sepenuhnya oleh Cyclone, dengan rekaan yang sama seperti model konsep RA9. 

Enjin juga dikatakan menggunakan unit V-twin DOHC daripada Aprilia Shiver, namun ia menampilkan saiz bore 97 mm (berbanding 92 mm pada Aprilia) dengan jumlah sesaran 996 cc. 

Dengan nisbah mampatan 12:1, enjin ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 105 hp pada 9,000 rpm dan daya kilas 95.9 Nm pada 6,500 rpm. 

Aspek tunggangan Cyclone RA1000 dibantu dengan tetapan suspensi boleh laras, angkup brek empat omboh J.Juan, serta cornering ABS. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here