Utama Berita Automotif Honda STEPWGN edisi ulang tahun ke-30 lancar di Jepun, harga dari RM106...

Honda STEPWGN edisi ulang tahun ke-30 lancar di Jepun, harga dari RM106 ribu

5

Honda Jepun bakal menyambut ulang tahun Stepwgn yang ke-30 pada Mei 2026.

Bersempena dengan itu, Honda Jepun bakal melancarkan minivan STEPWGN edisi ulang tahun ke-30 yang boleh didapati dalam dua varian, iaitu AIR EX dan SPADA.

Membezakan antara kedua-dua varian ialah penggunaan upholsteri dalaman di mana varian AIR EX diberikan tempat duduk balutan fabrik manakala varian SPADA pula mendapat upholsteri balutan kulit.

 

Namun, kedua-dua varian hadir dengan kelengkapan seperti sistem kamera berbilang pandangan, lampu kabin LED, sistem pemanas tempat duduk baris kedua, bantuan suluhan adaptif, serta tidak ketinggalan emblem dan tag ulang tahun STEPWGN yang ke-30.

Untuk pasaran Jepun, STEPWGN hanya ditawarkan dengan enjin 2.0 liter hibrid dan dua motor elektrik, dengan janaan kuasa keseluruhan 212 hp dan 315 Nm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda depan menerusi transmisi e-CVT.

 

Honda STEPWGN e:HEV AIR EX boleh didapati dalam pilihan warna Fjord Mist Pearl, Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl dan Seabed Blue Pearl.

Sementara STEPWGN e:HEV SPADA pula tersedia dalam pilihan warna Twilight Mist Black Pearl, Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, Crystal Black Pearl, dan Premium Crystal Garnet Metallic.

Harga jualan bermula dari 4,098,600 yen (RM106,136) untuk varian AIR EX, dan dari 4,159,100 yen (RM107,703) untuk varian SPADA.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here