Lelaki warga Romania ditahan curi barang Ducati Corse bernilai hampir RM1 juta

4

Polis Itali telah menjumpai semula barangan yang dicuri daripada Ducati Corse bernilai €200,000 (RM957 ribu) daripada seorang lelaki warna Romania berusia 37 tahun di Bolognese, Itali.

Menurut laporan Visordown, kes kecurian yang berlaku pada bulan November itu turut melibatkan alat ganti perlumbaan dan aksesori yang dikhususkan untuk kegunaan MotoGP dan WorldSBK.

Siasatan ini dikendalikan oleh pasukan polis nasional Itali, Arma dei Carabinieri.

Kamera pengawasan digunakan untuk mengesan pencuri, sebelum polis menjalankan pemeriksaan rumah atas arahan Pejabat Pendakwa Raya Bologna.

 

Saspek yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor luar di kilang Borgo Panigale telah mencuri beberapa komponen perlumbaan seperti angkup brek Brembo dan kit suspensi Ohlins.

Selain daripada itu, saspek turut membawa lari aksesori seperti jam tangan dan topi perlumbaan rasmi Enea Bastianini yang berlumba untuk pasukan Lenovo Ducati pada tahun 2023 dan 2024.

Kesemua alat ganti dan aksesori rasmi yang dirampas itu akan dipulangkan semula kepada Ducati.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here