Cukai jalan tamat tempoh, JPJ sita Lamborghini

72

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menyita sebuah supercar Lamborghini selepas didapati gagal mempamerkan nombor plat hadapan dalam Ops Luxury, pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebook, Lamborghini berkenaan turut melakukan kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tidak memiliki insurans.

Justeru itu, supercar berkenaan telah disita ke Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok dan JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan.

“Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” menurut kenyataan. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here