Utama Berita Automotif Ubah suai ekstrem, JPJ sita dua motosikal lakukan sembilan kesalahan serentak

Ubah suai ekstrem, JPJ sita dua motosikal lakukan sembilan kesalahan serentak

81

Gara-gara mahu gaya ‘ekstrem’, pemilik motosikal terpaksa menelan pahit apabila kenderaannya disita, malah turut menerima pelbagai notis kesalahan dalam satu operasi di Plaza Tol Bukit Raja, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor mengesan sebuah kenderaan yang melakukan ubah suai melampau sehingga mengabaikan aspek keselamatan dan undang-undang jalan raya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati pemandu tersebut bukan sahaja melakukan kesalahan kosmetik, malah melibatkan dokumen asas kenderaan. Antara kesalahan yang dikesan termasuklah:

  • Tiada lesen memandu (CDL) dan insurans
  • Lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh
  • Ubah suai ekstrem: Melibatkan ekzos, tayar tidak ikut spesifikasi, dan nombor pendaftaran ‘fancy’.
  • Isu Keselamatan: Lampu hadapan dan lampu petunjuk arah tidak berfungsi, serta tiada cermin pembalik cahaya.

Pihak JPJ Negeri Selangor mengesahkan kenderaan tersebut disita dan dibawa ke Stor Penyimpanan Kenderaan (SPK) Ijok untuk tindakan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan kesalahan lalu lintas disaran untuk menyalurkan aduan terus ke emel aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui aplikasi e-Aduan JPJ bersama butiran lengkap untuk tindakan segera.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here