Pengeluar senjata Kalashnikov hasilkan motosikal enduro berkuasa elektrik, siap ada sidecar

27

Siapa masih ingat, pada tahun 2018 sebuah pengeluar senjata api terkemuka mengejutkan dunia dengan sebuah EV?

Ya, kereta keluaran Kalashnikov itu digelar sebagai CV-1, namun sehingga kini ia masih kekal sebagai sebuah model konsep tanpa direalisasikan.

Pembuat senapang AK-47 itu kini tampil dengan model baharu, kali ini berbentuk motosikal enduro berkuasa elektrik IZH-Enduro.

Jentera ini dipacu dengan motor elektrik jenis IPMSM (interior permanent magnet synchronous motor) yang dipadankan dengan pek bateri lithium-ion yang tidak diketahui kapasitinya.

Terdapat pilihan dua motor elektrik hab berkuasa 3 kW untuk kegunaan urban atau 5 kW untuk laluan yang lebih mencabar.

Namun, terdapat juga opsyen motor elektrik tunggal 4 kW untuk mereka yang lebih pentingkan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan penggunaan tenaga.

Kalashnikov mendakwa IZH-Enduro ini boleh bergerak sejauh 100 km bergantung kepada keadaan operasi semasa, dengan had laju 120 km/j dan berat sekitar 220 kg.

Terdapat juga varian enjin pembakaran dalaman 450 cc yang turut ditawarkan kepada pengguna.

Menariknya, versi elektrik hadir dengan tetapan kotak gear manual empat kelajuan lengkap dengan klac tangan, bertujuan untuk memberikan kawalan yang lebih meyakinkan terutama ketika meneroka laluan yang sukar.

IZH-Enduro ini juga boleh dipadankan dengan sidecar atau gerabak yang boleh ditarik di bahagian belakang.

Kalashnikov menegaskan IZH-Enduro lebih direka untuk kegunaan pihak penguatkuasa, pasukan penyelamat dan tugas-tugas khusus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here