
Salah satu cara untuk membuktikan kehebatan sesebuah kereta produksi adalah dengan cara mencatatkan masa terpantas di Litar Neraka Hijau yang terletak di Jerman.
Mercedes-AMG One dinobatkan sebagai kereta produksi terpantas mengelilingi Nurburgring, dengan catatan masa 6 minit 29.1 saat.
Itu cerita tentang kereta terpantas. Bagaimana pula kereta yang paling lembab di litar yang sama?
Catatan masa yang paling perlahan telah direkodkan oleh dua orang wartawan automotif Perancis iaitu Nicolas Meunier dan Martin Coulomb.
Dalam cubaan tersebut, mereka memandu Ligier JS50 – secara asasnya sebuah kuadrisikal yang berkongsi kelas yang sama seperti Citroen Ami.
Atas kertas, JS50 mampu menjana kuasa setinggi 8 hp dan 27 Nm, serta boleh mencecah kelajuan setinggi 45 km/j terima kasih kepada nadi diesel 499.8 cc.
Di Litar Nurburgring, JS50 mencatatkan masa 28 minit dan 25.8 saat, secara rasmi menjadi catatan masa paling perlahan mengalahkan Trabant P50 (catatan masa 16 minit 1 saat yang direkodkan tahun 1960.)
Cabaran sebenar bukanlah catatan masa yang paling pantas.
Menurut laporan, Meunier dan Coulomb berjaya menghabiskan pusingan penuh 20.8 km menggunakan satu tangki penuh, dengan bacaan penggunaan bahan api 3.0 liter untuk setiap 100 km.































