
Volkswagen baru-baru meraikan pencapaian rekod pusingan terpantas bagi kategori kenderan produksi lencana sendiri Litar Nurburgring.
Dengan menggunakan hot hatch VW Golf GTI Edition 50, pengeluar itu mencatatkan masa tujuh minit 46.13 saat, menjadikannya satu saat lebih pantas berbanding model Golf R 20 Years Edition.
Golf GTI Edition 50 juga berjaya memintas rekod Golf GTI Clubsport S (generasi terdahulu) dengan kelebihan masa lebih tiga saat.
Biarpun dinobatkan sebagai kereta VW paling pantas di Nurburgring, Golf GTI Edition 50 masih lagi kalah kepada pesaingnya Honda Civic Type R yang mempunyai kelebihan masa 1.25 saat.
Ini menjadikan Civic Type R kekal sebagai jentera pacuan roda depan terpantas di Nordschleife sepanjang 20.8 km itu.
Dari segi kuasa, VW Golf GTI Edition 50 dibekalkan dengan enjin EA888 2.0 liter turbo berkuasa 261 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik klac-berkembar.