Zeekr 7GT tampil bergaya, lebih 650 km, Privilege AWD 0–100 km/j 3.3 saat!

7

Selepas dilancarkan di China pada April 2025, kini giliran Zeekr 7GT diperkenalkan di Eropah.

Berbeza dengan SUV Zeekr 7X yang boleh didapati di pasaran tempatan, 7GT merupakan grand tourer (GT) dengan bentuk ala wagon dan mempunyai peminat tersendiri di Eropah.

Model ini dibangunkan sebagai GT elektrik yang menggabungkan teknologi China dan rekaan serta jiwa automotif Eropah, sekali gus menghasilkan sebuah kereta yang bukan sahaja sesuai untuk jalan yang menyeronokkan, tetapi juga praktikal buat kegunaan harian.

Rangkaian Kuasa & Prestasi

Zeekr 7GT menggunakan platform 800V dan ditawarkan dalam dua konfigurasi motor elektrik yang disesuaikan mengikut keperluan pemanduan, sama ada fokus kepada kecekapan jarak jauh atau prestasi

  • Pilihan Motor: Varian Core dan Long Range menggunakan motor tunggal (Single Motor) dengan pacuan roda belakang (RWD), manakala varian Privilege dilengkapi motor berkembar (Dual Motor) dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Output Kuasa: Varian RWD menghasilkan kuasa 310 kW (421 HP) dengan tork 440 Nm, manakala varian AWD melonjakkan prestasi sehingga 475 kW (646 HP) dan tork 710 Nm.
  • Pecutan dan Kelajuan: Model Privilege AWD mampu memecut 0-100 km/j dalam masa hanya 3.3 saat, manakala varian RWD mencatatkan 5.3 saat. Kesemua varian mempunyai kelajuan maksimum 210 km/j.

Pengecasan & Kapasiti Bateri

  • Jenis Bateri: Varian Core menggunakan bateri LFP (Lithium Iron Phosphate) berkapasiti 75 kWj, manakala varian Long Range dan Privilege menggunakan bateri NMC (Nickel Manganese Cobalt) berkapasiti 100 kWj.
  • Pengecasan Pantas DC (Luar): Dengan keupayaan pengecasan DC sehingga 480 kW, tahap bateri 10% ke 80% boleh dicapai dalam masa 13 minit (75 kWj) atau 16 minit (100 kWj).
  • Pengecasan AC (Rumah/Pejabat): Dilengkapi dengan pengecas on-board 22 kW sebagai standard, membolehkan pengecasan penuh 10-100% dalam masa antara 4.5 hingga 5.5 jam.
  • Kecekapan Tenaga: Kadar penggunaan tenaga adalah serendah 16.6 kWj/100km bagi varian Core, dengan jarak gerak maksimum mencecah 655 km (WLTP) bagi varian Long Range RWD.

Kokpit Berorientasikan Pemandu

Setiap perincian Zeekr 7GT diatur mengikut pemandu, dari konsol hingga kedudukan tempat duduk.

Bahagian dalam 7GT dibangunkan untuk memastikan kesambungan maklumat yang jelas dan tidak mengganggu fokus.

Papar pandu realiti terimbuh (AR Head-Up Display) 35.5 inci digabungkan bersama gugusan meter 13 inci, memaparkan maklumat penting dan bantuan pemanduan dalam format mudah difahami.

Model ini turut menyediakan lima mod pemanduan termasuk Snow dan Sport, serta fungsi lain seperti tetapan camping, roof rack, ski storage hatch dan kemampuan menunda.

Direka Dengan Tujuan

Zeekr memaklumkan setiap komponen utama termasuk stereng, casis, brek dan tayar bentuk secara khusus untuk meningkatkan tindak balas pemanduan.

Ini termasuk pilihan teknikal dan reka bentuk yang Zeekr tetapkan secara sengaja untuk memastikan tindak balas dan maklum balas sepadan dengan input pemandu.

Teknologi utama lain termasuk:
  • Pengecasan ultra pantas sehingga 480 kW (penambahan jarak 340 km dalam 10 minit)
  • Sistem keselamatan pintar
  • Kokpit pintar
  • Penyesuaian pembesar suara individu

Gabungan teknologi China dan rekaan Eropah ini bertujuan memberi pengalaman kereta elektrik yang konsisten dan terhubung.

Pengendalian, Suspensi & Brek

7GT menggunakan stereng tepat dan casis seimbang dengan maklum balas yang mudah dijangka.

Pengendalian mantap disokong oleh konfigurasi suspensi Double Wishbone / Short Long Arm (SLA) di bahagian hadapan dan pelbagai pautan di bahagian belakang.

Brek Privilege bersaiz besar dengan penyejukan lebih baik dan ketahanan fade stabil.

Mod Sport memberikan tindak balas lebih agresif tanpa menjadi keras, manakala mod Comfort memberi talaan yang sesuai untuk kegunaan rutin.

Sistem Keselamatan

Ciri keselamatan dipertingkatkan dengan struktur diperkukuh, tujuh beg udara dan rangkaian fungsi Zeekr Assisted Drive, merangkumi:

  • Brek Kecemasan Automatik
  • Kawalan Jelajah Adaptif Pintar dengan Bantuan Menunda
  • Parkir Kawalan Hujung Jari (Finger-tip Parking)

Harga & Varian

Di Eropah, Zeekr 7GT Core RWD dijual pada €45,990 (RM218,000), Long Range RWD Launch Edition berharga €50,990 (RM242,000), manakala Privilege AWD Launch Edition ditawarkan pada €57,490 (RM273,000).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here