JETOUR T2 peroleh taraf keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP

8

JETOUR Malaysia menerusi model SUV lasak mereka – JETOUR T2 – memperoleh penarafan keselamatan tertinggi 5-Bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025, dengan skor keseluruhan 86.50 mata.

Berikut adalah perincian skor bagi keputusan ujian untuk model JETOUR T2:

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 37.17 mata daripada 40.00 mata keseluruhan

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 15.94 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Bantuan Keselamatan (SA) – 17.14 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Keselamatan Motosikal (MS) – 16.25 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Pengiktirafan ini hadir tepat pada masanya, dengan persiapan JETOUR T2 untuk memasuki pasaran tempatan pada suku pertama 2026.

Ia sekaligus menunjukkan fokus berterusan jenama itu terhadap kejuruteraan kenderaan yang memenuhi keperluan pengguna moden, di mana keselamatan menjadi keutamaan setanding dengan reka bentuk, prestasi dan teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Fu Yong berkata, pencapaian lima bintang ASEAN NCAP adalah pengiktirafan penting terhadap tahap kejuruteraan dan prestasi keselamatan T2.

Katanya, dari struktur badan yang kukuh hinggalah sistem keselamatan menyeluruh, T2 direka untuk melindungi penumpang serta membantu pemandu mengelakkan kemalangan.

Ia dapat meningkatkan keyakinan pelanggan menjelang pelancarannya di Malaysia.

Aspek keselamatan pula, JETOUR T2 dilengkapi enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk semua tempat duduk.

Ia juga menawarkan pengesanan kehadiran penumpang belakang, Sistem Pengesanan Titik Buta (BSD) di kedua-dua sisi, Perlindungan Pejalan Kaki (PP), Pengesanan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD) dan pelekap tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

SUV ini menampilkan teknologi bantuan pemandu termaju seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) bagi situasi bandar, antara bandar, pejalan kaki dan motosikal.

Turut tersedia Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Keluar Lorong (LDW) serta Lampu Tinggi Automatik (AHB).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here