
Chery Malaysia mengukuhkan kedudukannya di Lembah Klang dengan pembukaan pusat pameran butik terbaru di Pavilion Bukit Jalil.
Dikendalikan rakan pengedar Apple Autotech Sdn Bhd, pusat pameran butik ini berkonsepkan runcit butik ketujuh Chery.
Pusat pameran butik Generasi 4 ini juga adalah yang pertama di Lembah Klang, mencerminkan pendekatan runcit Chery yang semakin berkembang dengan memberi fokus kepada kebolehcapaian, pengalaman dan penglibatan pelanggan.
Terletak di Lot No. 3.102.00, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil, pusat pameran seluas 837 kaki persegi ini direka untuk menyediakan pengalaman lancar dan mudah kepada pengunjung dalam meneroka rangkaian kenderaan terkini Chery dalam suasana santai.

Pusat pameran ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam (termasuk cuti umum) selaras dengan waktu operasi pusat beli-belah bagi memaksimumkan akses kepada pelanggan.
Pengunjung boleh melihat kenderaan Chery, berinteraksi dengan penasihat jualan dan mengatur sesi pandu uji.
Dengan kehadiran pusat pameran ‘stand-alone’ di Pavilion Bukit Jalil, Chery menawarkan fleksibiliti lebih besar kepada pelanggan untuk melihat kenderaan setiap hari.
“Pelanggan hari ini menghargai kemudahan dan fleksibiliti, dan kami ingin mendekati mereka di tempat yang mereka sudah biasa kunjungi sama ada membeli barangan keperluan, menikmati hidangan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Konsep ini membolehkan kami membawa pengalaman Chery lebih dekat kepada pelanggan, menjadikan penerokaan kenderaan lebih intuitif, menarik dan sebahagian daripada kehidupan harian,” kata Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia.
Bermula hujung minggu ini, pengunjung berpeluang melihat model Chery TIGGO 9 yang bakal dilancarkan, yang dipamerkan di outlet ini.
Untuk bulan ini, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif masa terhad untuk model TIGGO Cross, Chery O5 dan TIGGO 7 PHEV, menjadikannya masa terbaik untuk memiliki kenderaan dengan nilai luar biasa bersama teknologi terkini, prestasi dan gaya, dengan penjimatan sehingga RM8,888.

Pelanggan juga akan menerima jaminan bateri lanjutan untuk semua model PHEV, dengan jaminan bateri sehingga 10 tahun atau 200,000 km.
Perlindungan komprehensif ini merangkumi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan kenderaan.
Kunjungi pusat pameran Chery terdekat untuk maklumat lanjut dan sesi pandu uji mana-mana model Chery.
Untuk senarai terkini pengedar jualan Chery di Malaysia, sila layari https://www.chery.my/dealer-locator
Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Chery, layari laman https://www.chery.my/































