Utama Berita Automotif JPJ sita Proton Satria dipandu warga asing

JPJ sita Proton Satria dipandu warga asing

14
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menyita sebuah Proton Satria yang dipandu seorang lelaki warga asing selepas didapati tiada lesen memandu yang sah, pada Isnin.
 
Selain itu, kenderaan berkenaan juga menggunakan nombor pendaftaran hadapan yang sukar dicam dan lampu brek tidak berfungsi.
 
Menurut kenyataan, kenderaan tersebut telah disita di bawah Sek.64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Seri Manjung untuk tindakan selanjutnya.
 
“Pihak JPJ terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan akibat kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
“JPJ Perak akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri bagi memastikan undang-undang dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya,” jelasnya.
 
Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here