
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah Toyota Avanza yang dipandu lelaki Rohingya selepas didapati tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL) dalam Ops Pewa, pada Selasa.
Hasil aduan awam dan risikan, pihak berkuasa mendapati kenderaan itu dipercayai dibeli daripada seorang warga tempatan.
“Warga Rohingya itu didapati bekerja sebagai tukang rumah pada waktu siang dan mengusahakan kedai runcit pada waktu malam.
“JPJ telah mengeluarkan saman dan menyita kenderaan untuk siasatan lanjut, manakala pemilik kenderaan juga akan diambil tindakan serta didakwa di mahkamah.
“JPJ Negeri Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan pengguna jalan raya,” menurut kenyataan.
































